Aku sayang kamu....(Buat teman-temanku)

Maafkan aku...
Kerana menyisihkan kamu
Kerana percaya pada cinta hatiku
Hubungan kita terhenti seketika

Mungkin ini semua takdir Illahi
Bertahun baru ketahui
Semua perkara tersembunyi
Kerana terlalu mempercayainya

Walau kecewa kehilangannya
Aku gembira menemui kamu semua
Setelah bertahun tidak kutemu
Perasaan kasih sayang sentiasa di hatiku

Maafkan aku teman-temanku
Seribu kemaafan aku pohonkan
Untuk segala kesilapanku
Moga tiada lagi perselisihan faham
Antara kita....

Terima kasih menerimaku kembali
Mengisi ruang-ruang luka dihatiku
Ku berjanji tidakkan ada noktah lagi
Melainkan dari kehendak Illahi

Gembira, bahagia kini kurasai
Setelah semuanya bersama kembali
Gelak, tawa, suka dan duka
Kita kongsi bersama...

Akhir kata dariku
Ku kan sentiasa menyayangi kamu.....

0 comments: