Kelukaanku...

Tidak kusedari
Pabila cinta datang dihati
Ku sambut dengan seribu harapan
Walau hati ini pernah dilukai

Ku jadikanmu teman hidupku
Dengan seribu harapan dihati
Moga kebahagiaan kan ku kecapi
Untuk sekian hari-hari yang pasti

Namun,
Tidak ku sangkakan
Semua ini akan terjadi
Seperti yang pernah aku rasai
Kau jua kini menyakiti

Tidak lagi boleh kuundurkan
Masa-masa yang telah pergi
Hanya dengan redha dan pasrah
Ku harapkan Allah sahaja memahami

Semalam yang berlalu
Kurasa seperti baru sahaja terjadi
Kesal,hampa dan kecewa
Kekal kini terlekat dihati

Maafkanku kerana tidak lagi
Menyimpan rasa cinta itu
Kerana bagiku cinta itu hanya PadaNya
Yang tidak mungkin menyakitiku...

Kuatkan hati dan nuraniku
Agar teguh menempuh hari-hari berlalu
Sehingga ke suatu masa
Pengakhiran segala rasa....

0 comments: