Kekasih Yang Satu

Tiada yang paling bermakna
Di hati setiap insan
Adalah dengan mengingati Mu
Pada setiap helaan nafas

Pabila tiada sesiapa yang memahami
Hanya Kau yang ada
Setia mendengar luahan hati nurani
Setiap insan yang melara

Setiap detik meniti hari
Menunggu saat kembali padaNya
Berbekalkan hati yang kehampaan
Rindu untuk bertemu denganMu

Kau lah kekasih yang setia
Tatkala kesepian melanda
Yakin dan percaya hanya untukMu
Kerana Kau adalah pemilikku

Aku terima segala dugaanMu
Dengan redha dan pasrah
Kerana ku tahu kepada Mu jua tempat ku tujui
Di sana nanti segalanya pasti...

0 comments: